渠道
筛选
共 0 个广告
sultansultan

sultan

SUMBANGAN BAKUL KASIH JOHOR FASA 5 DI MURNIJAYA Alhamdulillah, petang tadi saya telah melaksanakan program agihan Bakul Kasih Johor Fasa 5 kepada penduduk di kawasan Murnijaya. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Johor untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan B40. Sebanyak 630 bakul makanan telah diedarkan kepada penduduk di kawasan Murnijaya yang memerlukan, dengan keutamaan diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan, warga emas, ibu tunggal, dan individu yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup. Berikut adalah jumlah penerima yang telah hadir :- - Murni Jaya - 140 org - Felda Bukit Permai - 42 org - Sedenak - 65 org - Kg Sri Muar - 36 org - Kg Sg Besoi - 40 org - Kg Sg Siam - 40 org - Kg Sg Sayong - 60 org - Kg Sri Sempurna - 50 org Program ini adalah kesinambungan daripada empat fasa sebelumnya yang telah mendapat sambutan baik daripada penduduk di kawasan DUN Bukit Permai. "Kerajaan Negeri Johor dibawah tadbir urus YAB MB Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi komited dalam memastikan kebajikan rakyat terus dijaga, dan program seperti ini adalah salah satu cara untuk mendekati serta memahami keperluan masyarakat,". Bakul makanan yang diagihkan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, dan makanan dalam tin. Proses agihan berjalan lancar dengan kerjasama sukarelawan tempatan dan wakil-wakil komuniti. Terpancar kebahagiaan dan kegembiraan di raut² wajah penerima lagikan Program ini diserikan lagi dengan "Kenduri Sekampung" dimana saya bersama penduduk makan dan beramah mesra bersama. Program Bakul Kasih Johor adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri yang memperuntukkan RM16.8 juta untuk membantu lebih 280,000 keluarga di seluruh negeri Johor. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan bantuan lain, penduduk boleh menghubungi Pejabat Khidmat ADUN Bukit Permai atau Pusat Khidmat Masyarakat setempat. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #MajuJohor #BangsaJohor #DMJafni #Bakulkasihjohor #N50BukitPermai #sentiasabersama #sediaberkhidmat
facebook 马来西亚
21608
热度
255963
展示估值
247
投放天数
2025-01-09
最新发现